Archive | April 2014

sinopsis buku pendidikan khas


Sinopsis Buku 1

Tajuk Buku: Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar, 2004 ,M/S 199, Publications n Distributors sdn.bhd.
Penulis: Mohd Sharani Ahmad

Buku ini menerangkan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru terutamanya guru Pendidikan Khas, ibu bapa yang memiliki kanak-kanak istimewa.Terdapat 11 bab di dalam buku ini . Bab pertama mengenai pembelajaran dan masalah pembelajaran. Bab kedua mengenai masalah pembelajaran. Bab tiga mengenai mengurus penilaian, Bab 4 Mengurus kehendak. Bab lima mengenai mengurus pendidikan. Bab tujuh mengurus kemahiran asas. Bab lapan mengenai kanak-kanak Dyslexia. Bab sembilan mengenai mengurus komunikasi .Bab sepuluh mengurus penginklusifan dan bab terakhir mengenai mengurus penerimaan. Apa yang menarik bagi saya yang ingin saya kongsikan ialah mengenai punca berlakunya kecacatan yang dikenal pasti oleh penulis .
Punca pertama ialah faktor baka. Apabila dikaitkan dengan baka , ia bermula daripada hubungan seksual suami dan isteri. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom. Begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 kromosom. Ia berlaku dalam 2 jenis pewarisan. Pertama, ibu bapa mempunyai kecacatan dan diwarisi oleh anak dan kedua-dua ibu bapa tidak cacat tetapi anak cacat.
Pengambilan ubat , biasanya wanita hamil mengambil ubat sama ada bagi meneruskan rawatan penyakit yang dialaminya sejak sebelum hamil ataupun meredakan sebarang gejala yang berlaku akibat kehamilan. Segala pendedahan ubat-ubatan pada peringkat 1 hingga 3 bulan kandungan amatlah berisiko. Pada peringkat 4 hingga 9 bulan adalah kurang berisiko. Ubat-ubatan dapat mengganggu perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ lain pada janin. Wanita hamil juga tidak digalakkan mengambil multivitamin tanpa mendapat nasihat doktor. Pengambilan kopi, coklat, minuman perisa kola yang mengandungi kafein disyorkan pengambilan dalam kuantiti yang sedikit iaitu 600mg sehari sahaja.
Sinar X dianggap sebagai kaedah penting dalam perubatan tetapi adalah bahaya kepada janin sebelum dilahirkan. Oleh itu , sebelum melakukannya mestilah berbincang dahulu dengan doktor. Radiasi pada tahap yang tinggi juga membahayakan kepada janin yang belum dilahirkan.
Jangkitan kuman pada peringkat awal kandungan dapat menimbulkan kecacatan iaitu pada peringkat 3 bulan yang pertama. Penyakit berjangkit seperti bakteria(batuk kering, demam kepialu, demam sifilis, gonorea) , ,protozua ( malaria ) dan virus (campak ,beguk, rubela).
Kekurangan zat pemakanan yang teruk sehingga menyebabkan kebuluran juga dapat menjejaskan pertumbuhan bayi.
Pengaruh dadah dan arak juga membahayakan janin kerana mengandungi morfina, kokain dan sebagainya. Tabiat merokok juga menyebabkan kecacatan bayi keran mengandungi nikotin, nikotin boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan otak bayi.
Cubaan menggugurkan anak juga merosakkan pertumbuhan janin .Pelbagai cara digunakan seperti makan jamu, akar-akar kayu, nanas, tapai , makan pil hormon dan suntikan untuk memaksa janin gugur.
Umur ibu juga menjadi faktor penyebab punca berlakunya kecacatan pada bayi. Contohnya masalah Syindrom Down bagi ibu bapa 40 tahun ke atas . Adalah di nasihatkan ibu yang mengandung pada usia ini menjalani ujian biopsi korion iaitu analisis kromosom ketika kandungan 2 bulan . Umur yang sesuai untuk mengandung di antara 23 hingga 29 tahun . Umur 17 hingga 23 pula dikhuatiri lahirnya bayi pra matang.

Punca lain ialah kekurangan oksigen. Bayi mendapat bekalan oksigen melalui uri dan tali pusat. Jika berlakunya kekurangan oksigen ini boleh menyebabkan kerosakan otak. Contohnya masalah Cerebral Palsi (Otak yang mengawal otot-otot dan koordinasi rosak) dan wujudnya Epilipsi (sistem saraf rosak).
Kemalangan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada janin. Jika melibatkan kepala janin ini menjejaskan fungsi otak dan seterusnya membantutkan perkembangan bayi.
Sekian sahaja perkongsian saya terhadap buku ini.

 

Sinopsis Buku 2
Tajuk Buku: Pengantar Pendidikan Khas,2011.M/S 299, USM
Penulis: Mohd. Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad

Buku ini menceritakan sejarah dan perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Di samping itu, mengklasifikasikan kategori-kategori murid-murid berkeperluan khas seperti murid-murid pemulihan khas, bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan, bermasalah pembelajaran (Disleksia), bermasalah pembelajaran (Hiperaktif-ADHD), bermasalah pembelajaran (Sindrom Down), bermasalah pembelajaran (Autisme), bermasalah pembelajaran (kerencatan mental) , ketidakupayaan fizikal dan murid pintas cerdas dan berbakat.
Saya akan berkongsi murid-murid bermasalah pembelajaran hiperaktif(ADHD) . ADHD ketidakupayaan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) merupakan salah satu daripada ketidakupayaan dalam pembelajaran. Manakala ADD (Attention Deficit Disorder) pula, sesuatu keadaan yang juga dikenali sebagai kesukaran memusatkan perhatian.
ADHD menggabungkan beberapa sikap seperti kurang daya perhatian, cepat terpengaruh, membisu, terlalu agresif dan mempamerkan pelbagai watak. Kesannya murid-murid akan sukar untuk mengawal tingkah laku mereka seperti menjadi kurang tumpuan, impulsif dan hiperaktif. Mereka juga mempunyai sikap yang luar biasa berbanding dengan murid-murid normal yang lain. ADHD juga didefinisikan sebagai gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokuskan terhadap sesuatu benda.
Faktor penyebab ADHD ialah pengambilan gula yang berlebihan, kerosakan saraf di dalam otak, tahap neurotransmitter dalam otak yang rendah, faktor genetik, pengambilan rokok sebelum dan selepas mengandung, pengambilan arak atau alkohol, tekanan emosi dan faktor cuaca.
Keistimewaan Murid-murid ADHD juga jelas terbukti kerana ramai tokoh-tokoh barat yang terbukti berjaya seperti Alexender Graham Bell, Benjamin Franklin dan lain-lain.
Rawatan yang dicadangkan seperti pendekatan multidisiplin dalam bidang perubatan, psikologi, sosial, dan pendidikan. Rawatan ubat stimulus perlu di bawah pengawasan doktor. Pemulihan melalui program intervensi awal ,intervensi tingkah laku, peranan ibu bapa amat penting bagi membantu kanak-kanak ADHD.
Statistik kajian mendapati ramai ADHD adalah murid-murid lelaki berbanding murid-murid perempuan.

Sekian.