suntikan minda

JURNAL DALAM NEGARA

1. Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia Baharom Mohamad 2011 Jurnal Kajian Pendidikan
2. Computer-Assisted Teaching and Learning among Special Education Teachers Safani Bari, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mussidiq Mohd Ramli 2013 Asian Social Science
JURNAL LUAR NEGARA

1. Using Technology to Support Balanced Literacy for Students with Significant Disabilities) Chistina R. Carnahan, Pamela S. Williamson, Aleksandra Hollingshed and Maya Israel 2012 Teaching Exceptional Children.
2. Intelligence Mobile And
Digital Broadcasting Technology To Support Learning For Disabilities Students Settachai Chaisanit, Chiraphorn Chomyim and Samphan Chandee 2013 Journal of Computer Science
PENDAHULUAN

Perkembangan dan penggunaan ICT(information and Communication teknologi atau Teknologi Komunikasi dan Maklumat khususnya dalam dunia pendidikan , bukanya suatu perkara yang asing lagi. Perkembangan ini juga telah membawa manfaat yang besar kepada dunia pendidikan pelajar pendidikan Khas khususnya masalah pembelajaran. Selain itu , Sistem pendidikan guru di negara kita turut dipengaruhi ICT, khususnya berkaitan aplikasi ICT dalam latihan pengajaran dan pembelajaran.
ICT meliputi semua yang membantu penyampaian maklumat seperti radio, televisyen, telefon mudah alih , komputer, I pad dan internet. Kesan ICT terhadap pendidikan terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa penggantian , peralihan dan perubahan. Dalam fasa penggantian , guru akan menggunakan ICT sebagai alat untuk sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa mengubah kaedah pengajaran, manakala fasa peralihan melibatkan guru menggunakan ICT yang dapat merangsang perubahan seterusnya membawa kepada kaedah pengajaran yang baru. Fasa perubahan pula melihat perubahan asas terhadap peranan pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003).

Teknologi komputer mampu memudahkan pelajar pendidikan khas , terutamanya pelajar bermasalah tingkah laku dan bermasalah pembelajaran, mempelajari kemahiran membaca, menulis dan mengira. Penggunaan multimedia dalam pendidikan banyak menarik minat pelajar dalam pembelajaran kerana ia menarik, senang digunakan , terdapat kepelbagaian seperti penambahan muzik, video, demonstrasi , malah pemahaman mereka menjadi lebih berkesan melalui foto, gambar dan tayangan secara langsung. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantuyang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007).

JURNAL DALAM NEGARA
Jurnal 1 ”Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia”
Jurnal 2 “Computer-Assisted Teaching and Learning among Special Education Teachers”
Latar Belakang Jurnal dalam Negara
Jurnal 1
Jurnal bertajuk “Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia “ oleh Baharom Mohamad meninjau sejauh mana penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru Sekolah Pendidikan Khas. Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (Selangor), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai (Johor), dan Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat (Johor). Sampel kajian ini melibatkan 55 orang guru, 117 pelajar, dan borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data dalam kaedah tinjauan ini.
Jurnal 2
Jurnal bertajuk “Computer-Assisted Teaching and Learning among Special Education Teachers” oleh Safani Bari , Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mussidiq Mohd Ramli meninjau sejauh manakah penggunaan komputer bantuan digunakan oleh guru pendidikan khas dalam pengajaran di sekolah. Responden terdiri daripada 89 orang guru di daerah Klang yang melibatkan di sekolah-sekolah menawarkan program pendidikan khas.

Permasalahan Kajian
Jurnal 1
Permasalahan kajian jurnal yang pertama adalah mengkaji penerimaan dan penggunaan komputer di kalangan pelajar dan guru pendidikan khas adakah menjejaskan pencapaian pelajar pendidikan khas dan merugikan banyak pihak, terutamanya pelajar pendidikan khas itu sendiri. Justeru itu, satu tinjauan akan dijalankan di Sekolah Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional yang mana kajian akan mengkaji keperluan penggunaan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi. Kajian ini seterusnya akan menjawab beberapa persoalan yang timbul terhadap tahap penerimaan guru dan pelajar jika komputer diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui keperluan penggunaan ICT dalam proses P&P di Sekolah Pendidikan Khas.
Jurnal 2
Permasalahan kajian jurnal kedua pula, memantau dan menganalisis penggunaan teknologi dalam pendidikan, terutama Maklumat yang dan teknologi komunikasi yang disediakan oleh kerajaan. Ini dilakukan kerana sikap guru menolak teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, tujuan melihat kemajuan sebenar penggunaan teknologi dan kemudahan yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah dalam pendidikan. Faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi penggunaan komputer Bantuan dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari segi teknikal, penggunaan kemudahan komputer bantuan, dan sikap guru.

Dapatan Kajian
Jurnal 1
Jurnal pertama analisis data dibahagikan kepada dua bahagian seperti yang terdapat dalam borang soal selidik. Kesemua bahagian B dan C dianalisis bagi mendapatkan keputusan berbentuk statistik deskriptif. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis item-item dengan jawapan yang berskala Likert. Keputusan penganalisisan menerangkan skor min setiap item dansisihan piawai bagi setiap item. Data-data ini dianalisis bagi melihat peratusan bagi setiap item. Bagi melihat penerimaan guru terhadap penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran, skor min keseluruhan menunjukkan nilai yang paling tinggi, iaitu 3.99. Ini membuktikan bahawa guru memang menerima penggunaan komputer semasa proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Begitu juga dengan tahap penggunaan komputer di dalam pengajaran yang mana penggunaannya adalah berada pada tahap tinggi berdasarkan nilai skor min keseluruhan yang diperolehi. Sementara itu, pelajar pendidikan khas tidak menerima dan menggunakan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan nilai skor min keseluruhan yang didapati, iaitu pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, penerimaan dan penggunaan komputer di semua lokasi kajian adalah sama berdasarkan analisis yang didapati.
Jurnal 2
Manakala jurnal kedua, Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 20.0 di analisis deskriptif dengan mengambil kira min dan nilai peratusan. Nilai purata min tahap pengetahuan terhadap komputer Bantuan Pengajaran dan Pembelajaran adalah 2.75. Ini bermaksud guru-guru pendidikan khas di kawasan Klang mempunyai kefahaman yang sederhana. Nilai skor min purata yang diperoleh bagi tahap penguasaan komputer di kalangan guru pendidikan khas adalah 3.08. Oleh itu, ia boleh ditakrifkan berdasarkan jadual kadar skor min tahap penguasaan guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi di daerah Klang adalah sederhana. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, kebanyakan guru-guru pendidikan khas di daerah Klang setuju dengan konsep Komputer-Bantuan dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah memberi kesan positif kepada pelajar-pelajar Pendidikan Khas. Min purata dikira adalah 3.48 yang boleh dikategorikan dalam tahap yang lebih tinggi. Selain itu, Majoriti responden bersetuju bahawa pentadbir sekolah memberi galakan kepada mereka untuk melaksanakan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas.
JURNAL LUAR NEGARA
Jurnal 1 “ Using Technology to Support Balanced Literacy for Students with Significant Disabilities)”
Jurnal 2 “Intelligence Mobile And Digital Broadcasting Technology To Support Learning For Disabilities Students”
Latar Belakang Dua Jurnal Luar Negara
Jurnal 1
Berdasarkan jurnal bertajuk : “Penggunaan Teknologi untuk Membentuk Pelajar dalam Kebolehan Membaca dan Menulis bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran” adalah berfokus kepada kemahiran membaca , menulis dan mempelajari perkataan menggunakan teknologi. Pendekatan yang dijalankan melalui membaca iaitu menggunakan Interaktif Teacher-Made Books. Kaedah ini bermula apabila guru mencari bahan yang pelajar minati di perpustakaan sekolah kemudian guru menyediakan bahan tersebut dalam bentuk ilustrasi yang menarik. Kemudian guru juga merekodkannya. Setelah siap, guru juga boleh memasukkan video, muzik, gambar-gambar dalam bentuk pelbagai kreativiti supaya bahan yang dihasilkan menjadi lebih berkesan dan menarik. Untuk memudahkan tugasan seorang guru terdapat contoh pencarian yang telah disertakan .

Jurnal 2
Jurnal Kedua betajuk: “Intelligence Mobile And Digital Broadcasting Technology To Support Learning For Disabilities Students” adalah berfokuskan penggunaan teknologi mudah alih dan penyiaran digital dalam pendidikan yang paling penting dunia pendidikan. Dalam pendidikan akademik, didapati dengan cara ini sebagai salah satu cara untuk membantu pelajar bermasalah pembelajaran. Pelajar pendidikan khas boleh berhubung dengan komunikasi sedia ada dan hubungan dengan persekitaran mereka. Pembangunan aplikasi taptable disesuaikan kepada mereka kerana ia dapat meningkatkan keupayaan kognitif pelajar khas melalui proses pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih yang direka, contohnya bagaimana direka dan aplikasi perisian untuk menggalakkan peningkatan pembelajaran di sekolah.

Permasalahan Kajian
Jurnal 1
Jurnal yang pertama menyatakan penggunaan teknologi untuk membentuk pelajar dalam kebolehan Membaca dan Menulis bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran adalah berfokus kepada kemahiran membaca , menulis dan mempelajari perkataan menggunakan teknologi. Jurnal ini mengkaji sejauh manakah teknologi ini membantu pengajaran yang lebih efektif terutamanya membantu pelajar pendidikan khas.

Jurnal 2
Jurnal kedua pula mengkaji penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan dapat membantu dan menyediakan pendidikan tanpa mengira masa dan tempat. Dalam pendidikan juga, didapati bahawa teknologi adalah salah satu alat bantuan pendidikan untuk membantu pelajar pendidikan khas dari segi perkembangan kognitif supaya memperolehi pengetahuan baru seterusnya meningkatkan komunikasi dan hubungan mereka dengan persekitaran. Salah satunya dengan cara Pembelajaran mobile, merekod suara menggunakan pen digital, penggunaan PC, Radio-frequency identification (RFID) dan I pad telah menjadi satu paradigma dalam pendidikan baru, ia semakin popular terutama di dalam institusi pendidikan tinggi . Strategi ini turut meningkatkan pembelajaran termasuklah pelajar kurang upaya melalui perkakasan, perisian dan berteknologi untuk menyepadukan strategi M-pembelajaran.
Selain itu, terdapat banyak penyelidik melaporkan jurang antara pelajar tipikal dengan dan kurang upaya, hal ini menyebabkan peluang yang terhad untuk mendapatkan peluang pekerjaan (Roeden et al., 2012). Statistik sains dan tenaga kerja kejuruteraan menunjukkan bahawa hanya about7% daripada pelajar-pelajar siswazah dalam bidang sains dan kejuruteraan adalah terdiri kurang upaya (King et al., 2013).

Dapatan Kajian
Jurnal 1
Jurnal Luar Negara Yang Pertama mendapati Reka bentuk Power point Book juga dapat diaplikasikan dalam pengajaran. Guru bolehlah memasukkan mana-mana buku yang telah dihasilkan ke dalam perisian power point (PPT). Tujuannya supaya mudah ditayangkan atau dipersembahkan kepada pelajar. Pengajaran akan lebih menarik dengan memasukan gambar-gambar, video dan sebagainya. Dengan cara ini PPT book boleh digunakan oleh pelajar di dalam kelas ataupun di luar kelas. Online Books dicadangkan untuk memastikan pelajar betul-betul menggunakan bahan ini, guru boleh mengaktifkan aktiviti pembacaan ini secara on line. Dengan cara ini guru, dapat memberikan tugasan secara on line supaya bahan ini digunakan oleh pelajar. Aktiviti pembacaan secara ini boleh meningkatkan motivasi pelajar dalam meningkatkan tahap bacaan mereka.
Cara untuk membantu pelajar dalam penulisan juga boleh digunakan dengan menggunakan teknologi. Penggunaan Alternatif Pencils juga boleh dijalankan bagi menggantikan penulisan secara biasa. Cara ini boleh membantu pelajar yang mempunyai masalah psikomotor halus terutamanya dalam menulis. Terdapat software yang telah diwujudkan untuk membantu pelajar dalam penulisan seperti Cliker Five (Crick software 2005). Boardmaker (Mayer-Johnson ,2009). Interllitools (Mayer-Johnson 2007), dan Speaking Dynamically Pro- (Mayer-Johnson 2007). Word Study juga dapat membantu aktiviti untuk membentuk perkataan. Dengan cara ini pelajar boleh memuat naik foto sendiri, memuat bentuk arahan mengikut tema dan memuat turun pelan dalam pengajaran melalui internet.

Jurnal 2
Manakala Jurnal Luar negara yang kedua mendapati hasil kajian mendapati Mobile Penyiaran Digital untuk mengubah dan merevolusikan proses pengajaran di sekolah. Alat mudah alih seperti telefon tangan, Pembantu Peribadi Digital, teknologi internet, Smartphone dan iPod bukan sahaja membolehkan pengguna atau dilayan, tetapi mereka juga membantu support M-pembelajaran. Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sekolah, aliran biasa dan yang kurang upaya, mempunyai inovasi peribadi dan bersedia belajar menggunakan penyiaran Digital sebagai proses pembelajaran mereka. Proses pembelajaran ini mencabar pendidik untuk mengaplikasikan kurikulum mereka dengan fleksibiliti untuk menyampaikan suatu berdasarkan pelbagai populasi pelajar. Penyelidik juga mesti membangunkan prinsip-prinsip reka bentuk sejagat secara menyeluruh dan konteks strategik bersilang , supaya semua pelajar yang berbeza latar belakang juga berjaya dalam pendidikan dan mendapat kemahiran yang diperlukan bersesuaian dengan tenaga kerja dan membuat perubahan dalam masyarakat global.
Refleksi Keempat-empat Jurnal
Jurnal Dalam Negara
Hasil daripada bacaan jurnal ini menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan khas mempunyai kesedaran tentang kepentingan penggunaan teknologi seperti komputer dan sebagainya dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah seterusnya memberi impak positif ke atas pelajar Pendidikan Khas. Selain itu, pengkaji mendapati guru-guru menggunakan komputer pada tahap yang tinggi dalam melibatkan pengurusan dan tugas-tugas guru. Namun begitu, masih terdapat segelintir guru yang kurang menyedari tentang pentingnya penggunaan komputer dalam perlaksanaan tugas harian mereka, seperti pengajaran dan pengurusan tugas . Dengan pendedahan yang berterusan ke arah membudayakan penggunaan komputer, ia banyak memberi kelebihan kepada pelajar pendidikan khas dalam bersaing dengan pelajar biasa. Ini adalah bertujuan mengelakkan pelajar pendidikan khas ketinggalan ICT, memandangkan perkembangannya yang terlampau pesat. Selain itu, peranan pihak sekolah amat penting dalam menyediakan kemudahan komputer di sekolah bagi menggalakkan guru-guru untuk menggunakan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam pendidikan adalah dengan memastikan setiap bilik darjah dilengkapi dengan peralatan multimedia.
Jurnal Luar Negara
Manakala negara luar sudah pun menggunakan bahan komunikasi dalam PdP dalam bilik darjah. Ternyata penggunaan ini menarik minat pelajar dan proses PdP boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak tertumpu di dalam kelas sahaja. Penyiaran Digital untuk pembelajaran mempunyai potensi untuk mengubah dan merevolusikan corak pengajaran yang berkesan dan sentiasa mengikut arus perkembangan ICT semasa dalam bilik darjah seperti penggunaan telefon tangan, pembantu peribadi digital, teknologi internet, Smartphone dan iPad bukan sahaja membolehkan pengguna menyentuh atau dilayan, tetapi mereka juga support M-pembelajaran.

RUMUSAN

Berdasarkan keempat-empat jurnal ini , dapatlah kita simpulkan bahawa penggunaan teknologi dalam PdP membawa perubahan yang besar dalam dunia pendidikan khas. Walaupun negara barat telah lama mengaplikasikannya , sebagai seorang guru yang kreatif dan berinovasi haruslah seiring dengan perubahan dunia masa kini. Sehubungan itu, guru-guru di Malaysia juga , harus sedar akan lonjakan saujana ini demi mendidik anak bangsa terutamanya pelajar-pelajar Pendidikan Khas. Dengan cara ini potensi pelajar pendidikan khas dapat dikembangkan mengikut kebolehan dan minat mereka bukanya hanya memandangkan kelemahan yang mereka ada. Penggunaan teknologi adalah satu cara pengajaran yang amat di minati oleh pelajar pendidikan khas. Hal ini di sokong oleh kajian Abdul Rahim Razalli, Noor Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005) yang menunjukkan bahawa teknologi komputer mampu memudahkan pengajaran pelajar khas di sekolah.

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s