teori

Teori Kepelbagaian Ransangan Deria

Pengajaran dan pembelajaran bagi murid ketidakupayaan pendengaran memerlukan teori dan strategi pembelajaran yang bersesuaian dengan perkembangan kognitif bagi menghasilkan output yang efektif. Sehubungan itu,dicadangkan kaedah PdP yang dilakukan oleh guru berlandaskan kepada teori pelbagai ransangan iaitu belajar melalui penggunaan kelima-lima deria yang ada seperti melihat (learning by seeing),mendengar (learning by listening),menyentuh merasa(learning by touching), membuat (learning by doing) dan menghidu (learning by smelling) . Hal ini akan menjadikan PdP yang lebih berkesan kerana melibatkan semua deria . Deria melihat akan membuat pemerhatian ke atas sesuatu tingkah laku kemudian generalisasi dalam kehidupan sebenar. Model teori pembelajaran ini telah dipelopori oleh Laird (1985) . Laird mendapati hasilnya 75% pelajar belajar melalui deria mata, 13% melalui pendengaran, 12% melalui sentuhan, bau dan rasa. Model ini bertepatan dan dapat digeneralisasikan kepada pelajar pendidikan khas masalah pendengaran kerana mereka mempunyai kekuatan dan ketajaman pembelajaran melalui deria mata. Jika ‘multi-sense’ di aplikasi di sekolah , pembelajaran menjadi lebih berkesan dan lebih positif.

dr rosadah760218025596037

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s